Senator AS Kata Pasaran Tenaga Perlukan Lebih Perlindungan dan Perundangan Untuk Tutup Apa Yang Dikatakan Kelonggaran Enron Pada Podium Tenaga Platt

WASHINGTON, 30 Julai /PRNewswire-AsiaNet/ –

Senator Amerika Syarikat (AS) Encik Carl Levin, wakil Demokrat di Michigan, berkata pada Podium
Tenaga Platts di Washington pada Isnin bahawa beliau dan tiga orang lagi senator sedang
berusaha merangka rang undang-undang untuk menutup manipulasi jenis pasaran tenaga tertentu yang
memusnahkan. Mereka berharap langkah itu yang dapat diperkenalkan pada musim luruh akan menutup
apa yang dipanggil “kelonggaran Enron” yang mengecualikan platform perdagangan elektronik seperti
Intercontinental Exchange daripada kawal seliaan pihak Persekutuan.

Encik Levin, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Tetap Senat mengenai Penyiasatan, berkata rang undang-undang itu akan meletakkan platform elektronik di bawah peraturan perdagangan yang sama seperti New York Mercantile Exchange (NYMEX). Beliau berkata langkah mewujudkan rang undang-undang itu merupakan satu “cabaran perundangan”, dan menambah kata bahawa setakat ini, rang undang-undang itu akan merangkumi perdagangan dua hala yang dijelaskan pada platform elektronik seperti ICE. Perdagangan dua hala yang tidak dilakukan di bursa saham sedemikian akan dikecualikan, katanya. “Nampaknya ia adalah tempat yang wajar bagi membuat batasan.”

Pada akhir bulan Jun, Encik Levin memulakan usaha untuk menutup kelonggaran Enron selepas jawatankuasa kecilnya mengeluarkan satu laporan yang memberi butir-butir terperinci mengenai “spekulasi berlebihan” dalam pasaran gas asli tahun lepas oleh dana lindung nilai Amaranth Advisors. Laporan itu merumuskan bahawa Amaranth dapat menutupi beberapa strategi perdagangannya daripada para
pengawal selia dengan mengendalikan urus niaga di ICE. Dalam satu eksklusif Platts, kakitangan Encik Levin pada awal bulan Julai menyatakan bahawa senator itu akan bersedia dan mendesak perundangan kesilapan yang menyeluruh terhadap perkara itu.

“Amaranth sudah pun memperjudikan hasil mereka,” kata Encik Levin pada Isnin.
“Masalahnya ialah ada orang yang bergantung kepada penghantaran gas asli pada masa depan
untuk menampung keperluan sekolah, perniagaan dan kemudahan awam mereka.”

“Satu perkara yang tidak boleh diperdebatkan ialah NYMEX, yang merupakan pengawal selia, telah
memerintahkan Amaranth untuk mengurangkan kepentingan (nya),” kata beliau. “Kami fikir kami sudah
menunjukkan dengan jelas bahawa adanya satu dana lindung nilai yang menguasai pasaran.
Apabila anda mempunyai pedagang yang menguasai pasaran, anda mempunyai pedagang yang menjejaskan
harga dagangan.”

Mengenai pelepasan gas rumah hijau, senator itu mengulangi bantahannya terhadap cadangan
keperluan keberkesanan minyak mandatori untuk kereta dan trak, tetapi beliau memberikan sokongan kepada langkah yang disokong industri yang akan menghasilkan32 hingga 35 batu setiap gelen mengikut Corporate Average Fuel Efficiency Standard (CAFE) untuk kereta dan trak menjelang tahun 2022, yang menghalang peningkatan lanjut standard itu. Menurut Encik Levin, langkah “kompromi” itu akan menghasilkan satu standard yang dapat dicapai oleh para pengeluar kereta.

Selaras dengan para penggubal undang-undang Michigan yang lain, Encik Levin tetap berpendapat bahawa CAFE bukanlah cara terbaik untuk meningkatkan dengan ketara keberkesanan kereta dan trak. Beliau berkata beliau telah mengedarkan cadangan kepada rakan senatnya baru-baru ini yang akan melakukan satu “perjanjian global” dengan para pengeluar kereta tempatan dan asing yang akan menggalakkan pelaburan dalam teknologi “lonjakan ke hadapan” alternatif seperti kenderaan hidrogen.
Ditaja oleh Platts, satu daripada bahagian dalam The McGraw-Hill Companies, Podium Tenaga Platts menyediakan forum berterusan bagi para pencetus berita terkemuka dan pihak akhbar untuk menangani isu-isu tenaga dan alam sekitar yang penting. Wakil-wakil media yang sah boleh mendapat pendaftaran percuma bagi acara-acara Podioum Energy dengan menghubungi Nancy Covey di talian bernombor 202-942-8719, Nancy_Covey@platts.com. satu rakaman sesi Encik Carl Levin boleh didapati menerusi podcast di www.energypodium.platts.com.

Maklumat Mengenai Platts:
Platts, satu bahagian dalam The McGraw-Hill Companies (NYSE: MHP),
ialah pembekal yang terkemuka di dunia bagi maklumat tenaga dan logam.
Dengan mempunyai pengalaman perniagaan hampir satu abad, Platts memberi
khidmat kepada pelanggan di lebih daripada 150 buah negara. Dari 14
buah pejabat di seluruh dunia, Platts memberi khidmat kepada pasaran
minyak, gas asli, elektrik, kuasa nuklear, arang batu, petrokimia dan
logam.

Berita tepat masa, penetapan harga, khidmat analitikal, dan persidangan
Platts membantu pasaran untuk beroperasi dengan lebih telus dan
efisien. Para pedagang, pengurus risiko, penganalisis dan pemimpin industri
bergantung kepada Platts untuk membantu mereka melakukan keputusan urus
dagangan dan pelaburan yang lebih baik. Maklumat yang lebih lanjut
boleh didapati di laman web di alamat http://www.platts.com

Maklumat Mengenai The McGraw-Hill Companies:
Diasaskan pada tahun 1888, The McGraw-Hill Companies (NYSE: MHP)
ialah syarikat pembekal perkhidmatan maklumat global yang terkemuka yang
memenuhi keperluan dunia dalam pasaran perkhidmatan kewangan, maklumat
pendidikan dan perniagaan menerusi jenama yang terkemuka seperti
Standard & Poor’s, McGraw-Hill Education, BusinessWeek dan J.D. Power and
Associates. Syarikat ini mempunyai lebih daripada 280 pejabat di 40 buah
negara. Jualan pada 2006 ialah sebanyak $6.3 bilion. Maklumat yang lebih
lanjut boleh didapati di laman web di alamat
http://www.mcgraw-hill.com

SUMBER: Platts

HUBUNGI: Kathleen Tanzy
Platts
+1-212-904-2860
Kathleen_tanzy@platts.com or

Shiona Ramage
Platts-UK
+44-(0)-20-7176-6153
shiona_ramage@platts.com

Casey Yew
Platts-Asia
+65-653-06552
casey_yew@platts.com

Laman Web:
http://www.platts.com
http://www.energypodium.platts.com
(MHP)