ANADIGICS Pilih Rochester Electronics sebagai Pengedar barangan Usang

WARREN, N.J., 27 Nov /PRNewswire-AsiaNet/ –

Pelanggan-pelanggan ANADIGICS Mempunyai Sumber untuk produk “tamat
hayat”

ANADIGICS, Inc. (Nasdaq: ANAD), pembekal ulung penyelesaian tanpa wayar dan
komunikasi jejalur lebar, hari ini
mengumumkan bahawa mereka telah memilih Rochester Electronics sebagai
pengedar sah produk-produk yang ditamatkan.
Rochester Electronics bekerja dengan 30 penggilang semikonduktor untuk
memberikan sumber selepas pasaran yang boleh
dipercayai untuk produk yang tidak ditamatkan.
Rochester akan memberikan kualiti dan piawaian sama kepada para pelanggan
ANADIGICS dengan terus mengisi pesanan
apabila produk sampai pada status tamat hayat dan seterusnya. Semua produk
ANADIGICS diedarkan oleh Rochester Electronics
adalah 100% terus dari kilang.

“Semua produk dan teknologi mempunyai pusingan hayat,” kata Jennifer Palella,
Pengarah Kanan Pengedaran Dunia, ANADIGICS,
Inc. “Pusingan hayat program lama mempunyai dua jadual, satu untuk penggilang
dan satu lagi untuk pelanggan. Persekutuan
dengan Rochester akan meningkatkan strategi tamat hayat kami, membolehkan
ANADIGICS memberi khidmat lebih baik kepada
para pelanggan.”
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Rochester, Curt Gerris menambah,
“ANADIGICS membawa kami keupayaan untuk
memberikan pakej yang lebih menyeluruh semikonduktor yang ditamatkan. Para
pelanggan boleh mengisi kebanyakan keperluan
dengan satu panggilan. Kualiti daripada ANADIGICS adalah yang tetap diberikan
industri. Program kualiti Rochester dan falsafah
memastikan produk-produk yang memenuhi komitmen ini. Ini merupakan tambahan
signifikan kepada barisan produk kami yang
akan memenuhi kebanyakan keperluan pelanggan untuk tamat tempoh dan selepasnya.”

Untuk maklumat lanjut sila hubungi ANADIGICS melalui telefon (908) 668-5000
atau FAKS (908) 668-5068, atau lawat laman
web syarikat di http://www.anadigics.com.

Mengenai Rochester Electronics, Inc.
Rochester Electronics, LLC. merupakan sumber komprehensif dan penyelesaian
dunia untuk semikonduktor yang ditamatkan.
Rochester, yang diberi kebenaran oleh lebih 35 penggilang terkemuka
semikonduktor, membeli semua baki peralatan siap,
wafer/die dan tekan timbul sedia ada. Semua produk adalah 100% terus dari
penggilang dengan keupayaan pengesanan dan
persijilan. Tawaran produk Rochester termasuk lebih 1.5 bilion peralatan siap,
5+ bilion die dan lebih 15,000 jenis peralatan
penggilangan yang diteruskan Rochester. Ibu pejabat korporat bertempat di 16
Malcolm Hoyt Drive, Newburyport, MA 01950 USA,
Telefon 978-462-9332, Email: sales@rocelec.com, Laman web: www.rocelec.com
.

Mengenai ANADIGICS, Inc.
ANADIGICS, Inc. (Nasdaq: ANAD) merupakan pembekal ulung penyelesaian
penyelesaian tanpa wayar dan komunikasi jejalur
lebar dalam pasaran telefon bimbit wayarles dan jejalur lebar yang pesat
berkembang. Produk-produk syarikat termasuk amplifier
untuk telefon bimbit wayarles, WLAN dan WiMAX; litar penala berintegrasi CATV,
pemisah aktif dan IC amplifier barisan
infrastruktur CATV, yang boleh dijual secara individu atau dipakej sebagai
modul berintegrasi RF.

Kenyataan Perlindungan Keselamatan
Kecuali maklumat sejarah yang terkandung di sini, siaran akhbar ini
mengandungi unjuran dan
kenyataan-kenyataan berpandangan kehadapan lain (istilah ini didefinisikan
dalam Akta Bursa Saham
1934, seperti yang dipinda). Unjuran-unjuran ini dan kenyataan-kenyataan
berpandangan kehadapan
mencerminkan pandangan semasa Syarikat dengan penghormatan kepada peristiwa
akan datang dan prestasi kewangan dan pada
amnya boleh dikenali seperti itu kerana konteks kenyataan ini termasuk
perkataan-perkataan seperti “percaya”, “menjangkakan”,
“mengharap”, atau perkataan-perkataan yang seumpamanya.
Seperti itu juga, kenyataan-kenyataan yang mengambarkan rancangan masa depan,
objektif, jangkaan
atau matlamat merupakan kenyataan-kenyataan berpandangan kehadapan.
Bagaimanapun, tiada jaminan
boleh diberi bahawa peristiwa-peristiwa ini akan terjadi atau jangkaan-jangkaan
ini akan dicapai dan
keputusan sebenar dan pembangunan akan berbeza daripada apa yang dijangkakan
hasil satu keputusan
faktor-faktor tertentu. Faktor-faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan
sebenar dan
pembangunan berbeza daripada apa yang dinyatakan atau dibayangkan oleh
jangkaan-jangkaan seperti itu dan kenyataan-
kenyataan berpandangan kehadapan termasuk faktor-faktor yang diperincikan dalam
laporan-laporan kami yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa
Saham Amerika Syarikat,
termasuklah laporan tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun berakhir 31
Disember, 2006.

SUMBER: ANADIGICS, Inc.
HUBUNGI: Hubungan Akhbar:
Chuck Manners daripada Godfrey
+1-717-393-3831, atau
Faks, +1-717-393-1403,
chuck@godfrey.com,
untuk ANADIGICS, Inc.;
Hubungan Korporat:
Jennifer Palella,
+1-908-668-5000, atau
Faks, +1-908-412-5978,
jpalella@anadigics.com;
Perhubungan Pelabur:
Thomas Shields,
+1-908-412-5995,
tshields@anadigics.com,
kedua-duanya daripada ANADIGICS, Inc.
Laman web: http://www.anadigics.com
http://www.rocelec.com
(ANAD)