Corporate, Economic Visionaries Address Platts Lecture

Ahli Korporat, Ahli Ekonomi Berwawasan Beri Ucapan pada Syarahan Platts

NEW YORK, 29 Nov. /PRNewswire-AsiaNet/ –

Jim Rogers dari Duke Energy gesa pengurangan ketara dalam kesan karbon pada
syarahan
Platts;

Bekas penasihat Ekonomi Kebangsaan Rumah Putih (White House) Gene Sperling
Cabar hadirin
untuk melihat perubahan iklim sebagai satu “pelaburan insurans:

Jim Rogers dari Duke Energy menggesa pengurangan antara 60 dan 80 peratus
dalam kesan karbon sedia ada menjelang pertengahan abad, pada syarahan
terkemuka
Platts hari ini, di mana para pemimpin industri, penganalisis pasaran dan
cendekiawan
akademik membincangkan isu-isu kemampanan yang kritikal.

Pada syarahan yang sama, bekas penasihat ekonomi Rumah Putih Gene
Sperling bercakap mengenai perubahan ketara dalam pendapatan awam
mengenai perubahan iklim sejak sedekad lepas dan impaknya yang tidak dapat
dihalang
ke atas dasar ekonomi pada masa akan datang. Sperling juga mencabar
hadirin supaya melihat perubahan iklim sebagai satu pelaburan insurans –
sebagai
langkah pencegahan terhadap malapetaka pada masa akan datang — selain
sebagai satu perseptif “pelaburan dalam kehijauan”.

Rogers dari Duke Energy, yang terkenal atas nasihatnya mengenai kecekapan
tenaga sebagai “bahan bakar kelima” (nuklear, arang batu, gas dan tenaga boleh
diperbaharui sebagai empat bahan bakar pertama), meminta hadirin pada syarahan
itu
supaya melihat ekonomi berkarbon rendah sebagai keutamaan nasional, ” seperti
projek Manhattan atau misi Apollo dalam milineum baru”

Sebagai tambahan kepada kedudukannya sebagai presiden Duke Energy, Rogers
telah
berkhidmat sebagai pengerusi Institut Elektrik Edison, Persatuan kebangsaan
bagi syarikat-syarikat elektrik milik pelabur. Atas kelantangan Rogers dalam
memberi
nasihat mengenai kecekapan tenaga dan peralihannya, beliau telah dilantik
sebagai pengerusi bersama dua organisasi penting –
Perikatan bagi Selamatkan tenaga dan Pelan Kebangsaan bagi Kecekapan Tenaga.

Sperling berkhidmat dalam pentadbiran Clinton sebagai Presiden
Penasihat Ekonomi Kebangsaan dan Pengarah Majlis Ekonomi Kebangsaan. Sebagai
pengarah
Majlis Ekonomi Kebangsaan, Sperling bertanggungjawab menyelaras anggota kabinet
ekonomi antarabangsa dan domestik.

Syarahan mengenai “Iklim, Tenaga dan Iklim untuk Tenaga,” ditaja oleh
R.W.
Beck, dengan penaja bersama Paccar, diadakan sebelum majlis gala Anugerah
Tenaga Global Platts di sini, yang memberi penghargaan kepada “calon terbaik
daripada yang
terbaik” dalam industri tenaga dalam 17 kategori. Anugerah itu mengetengahkan
pencapaian
luar biasa ahli perniagaan dan individu di seluruh dunia.
Platts, sebuah syarikat perkhidmatan maklumat tenaga global utama, ialah
satu bahagian dalam McGraw-Hill.

Maklumat mengenai Platts:
Platts, satu bahagian dalam The McGraw-Hill Companies (NYSE: MHP), ialah
syarikat pemimpin global yang menyediakan maklumat mengenai komoditi dan
tenaga. Menerusi pengalaman perniagaan hampir sedekad, Platts memberi
perkhidmatan
kepada para pelanggannya merentas lebih 150 buah negara. Menerusi
14 pejabat di seluruh dunia, Platts memberi perkhidmatan kepada pasaran
minyak, gas asli, elektrik, tenaga nuklear, arang batu, petrokimia, pelepasan
dan
logam. Berita, harga, khidmat analisis dan persidangan tepat masa Platts
membantu pasaran beroperasi dengan telus dan cekap. Para pedagang, pengurus
risiko,
penganalisis dan pemimpin industri bergantung kepada Platts untuk membantu
mereka
membuat keputusan perdagangan dan pelaburan yang lebih baik. Maklumat tambahan
boleh
didapati di http://www.platts.com.

Makluamt mengenai The McGraw-Hill Companies:
Diasaskan pada 1888, The McGraw-Hill Companies (NYSE: MHP) ialah syarikat
pemimpin global dalam penyediaan perkhidmatan maklumat bagi memenuhi kehendak
dunia dalam perkhidmatan kewangan, pasaran maklumat perniagaan dan pendidikan
yang
meliputi jenama utama seperti Standard & Poor’s, McGraw-Hill Education,
BusinessWeek dan
J.D. Power and Associates. Perbadanan itu mempunyai lebih daripada 280 pejabat
di 40 buah negara. Jualan pada 2006 mencatat lebih $6.3 bilion. Maklumat
tambahan boleh didapati di http://www.mcgraw-hill.com.

SUMBER Platts

HUBUNGI : Kathleen Tanzy
Platts
+1-212-904-2860
kathleen_tanzy@platts.com/

Laman Web : http://www.platts.com
http://www.mcgraw-hill.com /
(MHP)