US Tinggalkan Jauh Eropah Sebagai Lokasi Kos Perniagaan Yang Kos Efektif, Kata Kajian KPMG

Toronto, ON, 27 Mac, CNW-AsiaNet

Sebuah laporan digital dan klip boleh diturunmuat daripada
www.f8films.com/client/kpmgca2008

Eropah, Australia dan Kanada ketinggalan akibat penurunan dolar US

Semua negara membangun hilang daya persaingan dengan Amerika Syarikat dari segi
kos operasi perniagaan berikutan kelemahan ketara dolar US. Bagaimanapun,
Belanda, Itali, Jerman dan Britain yang paling banyak melihat peningkatan kos
apabila dibandingkan dengan US, menurut kajian Persaingan Alternatif KPMG 2008
yang membandingkan kos perniagaan di 136 bandaraya di 10 negara di Amerika
Utara, Eropah dan Asia Pasifik.

Di Eropah, Britain mendapat faedah berbanding kontinental Eropah daripada
peningkatan kuat Euro berbanding Pound. Peranchis mempunyai struktur kos
paling rendah di kalangan negara-negara Eropah, dengan kos hanya 3.6 peratus di
atas tanda aras US. Kanada dan Australia, yang pada tahun-tahun sebelumnya
mendapat faedah daripada dolar US yang tinggi, kini berada pada senarai kedua
dan ke-empat global, dengan kos perniagaan yang hampir sama dengan US.

Mexico, yang baru dalam kajian itu, merupakan tempat paling murah untuk membuat
perniagaan, dengan kos kira-kira 20.5 peratus di bawah garis US. Jepun kekal
sebagai antara negara paling mahal untuk membuat perniagaan, bagaimanapun ia
telah menhampiri negara-negara lain pada jangka panjang berikutan kadar inflasi
yang rendah dan volatiliti yen yang rendah.

“Pada tahun-tahun sebelum ini, Britain, Belanda, Itali dan Peranchis semuanya
di bawah tanda aras US, bagamanapun kos perniagaan kini lebih tinggi di
negara-negara ini berikutan kejatuhan dolar US,” kata Mark MacDonald, Pengarah
Global, Alternatif Persaingan, KPMG. “Bagaimanapun, dalam Eropah terdapat bukti
kuat persaingan intra-rantau. Pembukaan pasaran buruh, kadar cukai yang lebih
kompetitif dan pelaburan dalam infrastruktur membayangkan bahawa ketika Eropah
telah memindahkan kedudukannya relatif kepada US, terdapat persaingan kuat di
kalangan negara-negara Eropah.”

Di Eropah, kos di Paris setanding dengan beberapa bandaraya US, manakala kos di
Manchester, Frankfurt dan London secara signifikannya lebih tinggi berbanding
mana-mana bandaraya di Amerika Utara yang dikaji. London mewakili bandaraya
yang paling mahal dikaji, dengan marjin yang luas.

Toulouse, Peranchis, yang begitu kompetitif dalam aeroangkasa, ujian produk dan
percuabaan klinikal, menawarkan kos terendah di kalangan bandaraya-bandaraya
saiz pertengahan dan besar yang dikaji di Eropah, dan juga menawarkan
faedah-faedah bukan kos yang dikaitkan dengan rekod prestasi alam sekitar kuat
Peranchis, kadar jenayah rendah dan akses baik kepada penjagaan kesihatan.
Mengikuti di belakang Toulouse ialah Utrecht, Belanda, yang menawarkan kadar
cukai pendapatan korporat terendah untuk pelbagai operasi, serta juga akses
cemerlang kepada infrastruktur pengangkutan. Paris berada pada senarai ketiga
di kalangan bandaraya-bandaraya pertengahan dan besar Eropah yang dikaji.

Di Amerika Utara, di antara bandaraya besar yang dikaji, bandaraya Puebla,
Guadalajara dan Monterrey di Mexico menawarkan kos perniagaan terendah, diikuti
San Juan, Puerto Rico. Bandaraya-bandaraya ini berada di atas sebuah kumpulan
bandaraya US Selatan yang menawarkan kos perniagaan yang rendah: Atlanta, Tampa
dan Dallas-Fort Worth. pada hujung spektrum, San Jose, California (Lembah
Silikon) dan Bandaraya New York terus mewakili bandaraya-bandaraya Amerika
Utara yang paling mahal untuk membuat perniagaan.

Di Asia Pasifik, Adelaide mempunyai kos rendah berbanding Melbourne, Brisbane
atau Sydney di Australia, dengan semua bandaraya Australia secara relatifnya
mampu berbanding tempat seumpamanya di tempat lain di dunia. Perbezaan nyata
ialah Yokohama (Metro Tokyo) di Jepun yang mempunyai struktur kos ketiga
tertinggi di kalangan bandaraya-bandaraya antarabangsa yang dikaji, mengatasi
hanya Frankfurt dan London.

Tahun ini, kajian itu mengukur 27 komponen kos signifikan yang paling mungkin
berubah dari segi lokasi, termasuk buruh, cukai, hartanah dan utiliti, yang
terpakai kepada 17 operasi perniagaan, untuk tempoh perancangan 10 tahun.
Kajian itu juga membandingkan data pada pelbagai faktor persaingan bukan kos.
Program penyelidikan enam bulan itu meliputi 136 bandaraya di Australia,
Kanada, Peranchis, Jerman, Itali, Jepun, Mexico, Belanda, Britain dan Amerika
Syarikat.

Baru kepada laporan 2008 itu ialah analisa pelbagai faktor bukan kos yang
mempengaruhi daya tarikan perniagaan dan lokasi penempatan. Faktor pemilihan
penempatan yang dibandingkan dalam laporan itu termasuk penunjuk makro-ekonomi,
pasaran buruh, inovasi, perniagaan dan peraturan alam sekitar, kualiti
infrastruktur, pembekalan tenaga dan kualiti hidup.

“Pemilihan lokasi perniagaan yang paling menarik tidak selalunya dikaitkan
dengan dolar dan sen. Salah satu sebab utama faktor bukan kos dimasukkan dalam
kajian ini ialah faktor seperti pendidikan, kumpulan tenaga buruh berskil dan
kos perumahan, sebagai contoh, boleh juga memainkan peranan penting dalam
kejayaan sesebuah perniagaan,” kata Glenn Mair, MMK Consulting, salah seorang
penulis kajian dengan persekutuan dengan KPMG.

Perbandingan Negara

*Mexico berada pada senarai pertama negara yang dikaji, dengan kos perniagaan
20.5 peratus lebih rendah berbanding Amerika Syarikat. Kadaran ini menunjukkan
status Mexico sebagai negara industri membangun pertama disenaraikan dalam
Alternatif Kompetitif.

* Kanada, US dan Australia masing-masing berada pada tempat ke-2,3 dan 4 tetapi
dengan 1.0 peratus memisahkan mereka. Amerika Syarikat mengalami peningkatan
paling tinggi dalam persaingan kos sejak 2006, memperbaiki kedudukannya dengan
signifikan berbanding semua negara lain disebabkan penurunan dolar US.

* Peranchis berada pada tempat ke-5 di kalangan 10 negara yang dikaji dan
mempunyai struktur kos terendah di kalangan negara Eropah yang dikaji.

*Britain, Belanda dan Itali juga berada pada kumpulan yang hampir, dengan
senarai 6 ke 8, dengan kos perniagaan di antara 7.1 dan 7.9 peratus di atas
tanda aras US.

* Jepun secara relatifnya masih dalam lingkungan kos tinggi, berada pada
senarai ke sembilan secara keseluruhan. Bagaimanapun, Jepun telah berjaya
meningkatkan kedudukannya berbanding negara lain pada jangka panjang berikutan
kadar inflasinya yang rendah dan volatiliti yen yang rendah berbanding dolar US.

* Jerman (senarai ke-10) mempunyai struktur kos tertinggi secara keseluruhan,
dengan kos 16.8 tinggi berbanding tanda aras US. Jerman, Itali dan Jepun juga
menghadapi cabaran tambahan dari segi populasi yang semakin tua, dengan
bahagian terbesar populasi berumur lebih 44 tahun dan bahagian terendah di
bawah 25 tahun.

Kos-Kompetitif: Senarai Kedudukan 2008 dan 2006 Mengikut Negara

NEGARA KEDUDUKAN 2008
INDEKS KOS 2006
KOS INDEKS Perubahan dalam Indeks Kos

Mexico 1 79.5
Kanada 2 99.4 94.5 -4.9
Amerika Syarikat 3 100.0 100.0
Australia 4 100.2 92.3 -7.9
Peranchis 5 103.6 95.6 -8.0
Britain 6 107.1 98.1 -9.0
Belanda 7 107.3 95.7 -11.6
Itali 8 107.9 97.8 -10.1
Jepun 9 114.3 106.9 -7.4
Jerman 10 116.8 107.4 -9.4

Kos perniagaan diberikan sebagai satu indeks, dengan Amerika Syarikat dijadikan
indeks garisan sebanyak 100.0
Sumber: Kajian Alternatif Persaingan KPMG 2008

Kadar Mata Wang

MATA WANG KADAR TUKARAN DARI 2006

Dolar Australia AUS $1.14 setiap US$ +17.9%
Dolar Kanada CA$1.00 setiap US$ +17.4%
Euro 0.68 setiap US$ +23.7%
Yen Jepun ?111.27 setiap US$ +5.4%
Peso Mexico 10.87 setiap US$ -1.5%
Pound Britain ?0.50 setiap US$ +14.4%

SUMBER: Kajian Alternatif Persaingan KPMG 2008

Bagi mendapatkan laporan penuh, sila lawat www.competitivealternatives.com .

Mengenai Alternatif Persaingan
Kajian Alternatif Persaingan KPMG 2008 memberikan perbandingan berkecuali
mengenai kos lokasi perniagaan antarabangsa di lebih 100 bandaraya di 10 negara
di seluruh dunia. Kajian itu membolehkan para eksekutif perniagaan mengambil
pandangan awal cepat tentang kos perniagaan yang dibandingkan di kalangan
bandaraya di negara-negara utama. Ia juga membantu para profesional KPMG dan
pemaju ekonomi dalam kerja mereka dengan perniagaan yang menimbangkan untuk
berpindah, dan membolehkan pembuat polisi membantu mempastikan kesan cukai yang
dicadangkan dan/atau perubahan insentif polisi pada kompetitif kos dalam bidang
kuasa mereka berbanding yang lain. Keputusan terperinci kajian terdapat atas
talian di
www.competitivealternatives.com .

Mengenai KPMG
KPMG merupakan sebuah rangkaian firma profesional yang memberikan perkhidmatan
Audit, Cukai dan Nasihat. Kami beroperasi di 145 negara dan mempunyai lebih
123,000 kakitangan profesional bekerja di firma-firma rakan di seluruh dunia.
Tahun kami adalah untuk mengubah pengetahuan kepada nilai untuk faedah para
pelanggan kami, orang kami dan pasaran modal. Firma-firma rakan kami berazam
untuk memberikan para pelanggan dengan satu set konsisten global dari segi
multidisiplin kewangan dan perkhidmatan akaunting, berdasarkan pengetahuan
mendalam industri.

Nilai-nilai kami menentukan bagaimana kami berkelakuan dengan para pelanggan
dan sesama sendiri. Mereka menentukan apa yang kami laungkan dan bagaimana kami
melakukan kerja, membantu kami bekerja sama dalam cara yang paling berkesan dan
memenuhi inspirasi. Ini membolehkan kami mencipta budaya pertubuhan yang kuat
dan konsisten dalam rangkaian.

Kami memainkan peranan penting dalam pasaran modal dan aktif dalam menyokong
perubahan positif dalam lingkungan industri untuk mengukuhkan kredibiliti dan
keyakinan. Kami percaya tanggungjawab sosial korporat merupakan nadi kepada
semua pertubuhan yang hebat dan komited untuk membuat perubahan ketara pada
komuniti di mana kami beroperasi.

SUMBER: KPMG LLP

HUBUNGI: Julie Bannerjea, Pengurus Kanan, Perhubungan Media, KPMG di Canada,
(416) 777-3243, jbannerjea@kpmg.ca/