Neuftec Jelaskan Kenyataan Oxonica Plc Berkaitan Pelanggaran Paten Neuftec Eropah.
ROSEAU, Komanwel Dominika, 30 Mei/PRNewswire-AsiaNet/ –Neuftec Limited,
pemilik asal teknologi pemangkin minyak serium oksida bahan-nano, hari ini
mengeluarkan kenyataan berikut sebagai respon siaran akhbar bertarikh 12 Julai,
2007 yang dikeluarkan oleh Oxonica Plc tahun lepas.
Berkaitan dengan kenyataan Oxonica, “Neuftec kini telah mengesahkan bahawa ia
paten Eropahnya di Britain (EP(UK) 1299508) tidak meliputi formula Envirox(TM)
yang kini sedang dijual oleh Energy dan urusan Energy dengan Envirox(TM) tidak
akan melanggar sebarang tuntutan paten ini.”
Neuftec ingin memperjelaskan bahawa:
- Pengesahan oleh Neuftec kepada Oxonica tidak berada dalam terma yang
dinyatakan oleh Oxonica. Apa yang disahkan oleh Neuftec dalam konteks tindakan
undang-undang di antara Neuftec dan Oxonica Energy yang sedang berlaku
sekarang, adalah bahawa produk aditif minyak yang dijual oleh Oxonica kepada
Petrol Ofisi, Turki pada 2006/7 tidak melanggar paten Neuftec.
– Konsesi terhad itu dibuat atas anggapan asas ketepatan kenyataan
komposisi yang didedahkan oleh Oxonica yang berkaitan
kepada produk sumber kedua.
– Neuftec tidak pernah pada mana-mana masa membuat konsesi atau
pengakuan berkaitan bukan-pelanggaran berkaitan produk aditif minyak lain,
formulasi atau campuran yang sedang dijual oleh Oxonica kepada pihak lain.
– Neuftec telah memperolehi beberapa contoh formulasi Envirox sekarang
yang dijual dalam pasaran dan telah melakukan ujian awal. Ujian-ujian ini telah
mengesahkan bahawa formulasi sekarang berbeza dengan kenyataan komposisi
Oxonica yang
didedahkan oleh Oxonica. Ujian lebih luas sedang dilakukan bagi menentukan sama
ada formulasi sekarang melanggar mana-mana paten Neuftec atau pihak ketiga lain.
Mengenai Neuftec
Neuftec merupakan sebuah syarikat penyelidikan dan pembangunan yang
memiliki paten dalam sektor teknologi pemangkin minyak yang digunakan dalam
pengeluaran versi pertama Envirox (TM)(2001-2007) yang dikeluarkan oleh
Advanced Nanotechnology (”ANO”), Australia di bawah lesen pengeluaran yang
diberikan oleh Oxonica dengan kebenaran Neuftec.
Pada 29 Februari 2008, IP Australia telah mengeluarkan satu laporan
pemeriksaan semula berhubung dengan paten Australia Neuftec. Paten itu telah
dikeluarkan pada 2006 dengan 10 tuntutan. Dalam laporan pemeriksaan semula itu,
IP Australia mengesahkan patentabiliti 10 tuntutan itu sebagai yang diberikan
asal pada 2006 dalam perjalanan pemeriksaan semula yang dimulakan oleh Oxonica.
SUMBER: Neuftec Limited