ZAIA – Persembahan Tetap Pertama Cirque du Soleil Asia Rai Persembahan Perdana Dunia pada 28 Ogos di Venetian Macao-Resort-Hotel
MACAU, 29 Ogos /Xinhua-PRNewswire-AsiaNet/ –
Ditulis dan Diarah oleh Gilles Maheu
ZAIA, terbitan tetap pertama Cirque du Soleil untuk dibuka di Asia,
akan raikan persembahan perdana dunia pada 28 Ogos, 2008 di Venetian
Macao-Resort-Hotel di Macau bersempena dengan Ulangtahun Pertama
pusat percutian itu yang merupakan tuan rumah kepada persembahan itu.
(Foto:
http://xprnnews.xfn.info/Cirque+AF8-du+AF8-Soleil/080828/HK088497+AF8-01.htm
http://xprnnews.xfn.info/Cirque+AF8-du+AF8-Soleil/080828/HK088497+AF8-02.htm
http://xprnnews.xfn.info/Cirque+AF8-du+AF8-Soleil/080828/HK088497+AF8-03.htm
http://xprnnews.xfn.info/Cirque+AF8-du+AF8-Soleil/080828/HK088497+AF8-04.htm )
(Video: http://www.xprn.com/xprn/sa/2008/08/20080821052213.flv)
Cirque du Soleil merupakan sebuah syarikat hiburan global yang berpangkalan
di Kanada menawarkan hiburan seni berkualiti tingggi. Terbitan-terbitan Cirque
du Soleil telah dipersembahkan kepada lebih 80 juta penonton di lebih 200
bandaraya di lima benua. Pada 2008, Cirque du Soleil menyampaikan dengan
serentak 17 pertunjukkan di seluruh dunia. Setiap terbitan menggabungkan
akrobatik inovatif, teater, tarian dan muzik dengan kostum hebat, pencahayaan
dan mekap. Cirque du Soleil telah menjelajah dengan jayanya 13 bandaraya di
Asia, termasuk Singapura, Hong Kong, Seoul, Tokyo, Taipei dan Shanghai bersama
Big Top Productions tetapi ZAIA merupakan terbitan pertama untuk dipersembahkan
di sebuah teater kekal di rantau.
Nama
ZAIA adalah mengenai impian seorang gadis muda yang merantau di ruang
angkasa lepas . Tajuknya, ZAIA, berasal daripada perkataan Yunani yang
bermaksud “hidup” dan juga mirip kepada “Gaia,” yang hidup, kesedaran diri,
semangat bumi.
“Kami berasa sangat seronok untuk menampilkan pertunjukkan unik ini ke
Cotai Strip sebagai langkah tetap pertama kami di China,” kata Daniel Lamarre,
Presiden dan CEO Cirque du Soleil. “Cabaran kreatif adalah sangat menarik bagi
kami memandangkan bidang ini belum lagi dibangunkan bagi tawaran-tawaran
hiburannya. Terima kasih kepada perkongsian kami bersama Las Vegas Sands, kami
tidak sabar menunggu audien-audien Asia menikmati terbitan Cirque du Soleil.
“Kami bangga dan gembira kerana dapat berganding dengan Cirque du Soleil
dan membawa terbitan yang menerima pengiktirafan antarabangsa ini ke Macau dan
bagi satu-satunya pangkalan kekal di Asia,” kata En. Mark Brown, Presiden Sands
Macao dan
The Venetian Macao-Resort-Hotel. “Cirque du Soleil pastinya memberikan kepada
penduduk rantau ini peluang untuk mengalami hiburan unik sepenuhnya dan
bertaraf dunia, matlamat yang kami juga mahu capai.”
Pertunjukkan
Kisah ZAIA berkisar mengenai seorang gadis muda yang mengembara ke
angkasalepas, tetapi perjalanan yang membawa kepada kesedaran diri. Semasa
beliau merantau, beliau berdepan dengan keindahan kemanusiaan dan akhirnya
membawa pulang keindahan ini untuk dikongsi dengan penduduk bumi.
ZAIA menyampaikan pandangan seorang gadis muda akan bintang dan planet,
angkasalepas dan infiniti, kesemuanya dihuni oleh pelbagai mahluk yang hebat,
yang secara literal mahluk-mahluk luar biasa. ZAIA merupakan satu pertunjukkan
yang menampilkan tarian, pergerakan dan akrobatik di udara, terbang melayang ke
sudut terjauh angkasalepas dan keindahan manusia.
ZAIA akan disampaikan di teater dengan 1,800 tempat duduk yang dibina
khusus di Venetian Macau-Hotel-Resort. Jumlah kos yang terbabit dalam
menerbitkan pertunjukkan ini serta teater yang dibina khusus bagi ZAIA melebihi
+ACQ-USD150 juta.
Pasukan Kreatif:
Pembimbing
Guy Laliberte
Naib Presiden Kanan, Kandungan Kreatif Gilles Ste-Croix
Penulis dan Pengarah
Gilles Maheu
Pengarah Ciptaan
Neilson Vignola
Perekabentuk Set
Guillaume Lord
Perekabentuk Kostum
Dominique Lemieux
Penggubah dan Pengarah Muzik Violaine
Corradi
Pereka
Tari Martino
Muller
Pereka Tari Akrobatik
Jeff Hall
Perekabentuk Persembahan Akrobatik Rob Bollinger
Perekabentuk Peralatan Akrobatik dan Tali-temali Guy Lemire
Perekabentuk Pencahayaan Axel
Morgenthaler
Perekabentuk Penayangan Jimmy
Lakatos dan
Raymond Saint-Jean
Perekabentuk Bunyi
Steve Dubuc
Perekabentuk Mekap
Nathalie Gagne
Perekabentuk Aksi Badut Leonid
Leykin
JADUAL PERTUNJUKKAN
Persembahan-persembahan berjadual bagi ZAIA akan bermula pada 30 Ogos, 2008
dan akan berlangsung dari Selasa hingga Ahad. Pada Selesa dan Rabu
pertunjukkan bermula pada pukul 8 malam. Pada Khamis, Jumaat dan Sabtu
pertunjukkan bermula pada pukul 7 malam dan 10 malam. Pada Ahad, pertunjukkan
bermula pada pukul 4 petang dan 7 petang. Tiada pertunjukkan pada Isnin. Sila
lihat jadual terbaru pertunjukkan di http://www.cirquedusoleil.com . Jadual
pertunjukkan tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
MAKLUMAT TIKET:
Harga Tiket:
Harga Tiket Dewasa: MOP$1288, MOP$788, MOP$588, MOP$388
Harga Tiket Kanak-kanak*: MOP$1288, MOP$688, MOP$488, MOP$288
*Kanak-kanak: Berusia antara 2 dan 11 tahun
Untuk menempah tiket:
Tel: Macau — (853) 2882 8818 / Hong Kong — (852) 6333 6660
Online: http://www.cirquedusoleil.com
Datang sendiri ke: The Venetian Macao-Resort-Hotel Box Office, Cotai Strip
Cotai
Arena Box Office, dan Sands Lobby Box Office
Mengenai Cirque du Soleil
Daripada sekumpulan 20 penghibur jalanan semasa bermula pada 1984, Cirque
du
Soleil kini merupakan sebuah pertubuhan utama berpangkalan di Quebec yang
menawarkan hiburan seni berkualiti tinggi. Syarikat mempunyai hampir 4,000
pekerja merentasi lebih 40 negara termasuk 1,000 orang seniman.
Cirque du Soleil telah membawa ketakjuban dan kegembiraan kepada hampir 80
juta penonton di lebih 200 bandaraya di lima benua. Pada 2008, Cirque du Soleil
menyampaikan 17 buah pertunjukkan di seluruh negara. Syarikat telah menerima
anugerah-anugerah berprestij seperti Emmy, Drama Desk, Bambi, ACE, Gemeaux,
Felix, dan Rose d’Or de Montreux. Ibu pejabat antarabangsa Cirque du Soleil
terdapat di Montreal, Canada.
Bagi maklumat lanjut akan Cirque du Soleil, sila lawat
http://www.cirquedusoleil.com .
Bagi maklumat lanjut akan One Drop Foundation, sila lawat
http://www.onedrop.org .
Mengenai Las Vegas Sands
Las Vegas Sands Corp. (NYSE: LVS) merupakan salah sebuah daripada pemaju
antarabangsa resort-resort bersepadu pelbagai guna. Syarikat yang berpangkalan
di Las Vegas, Nevada, memiliki dan mengendalikan The Venetian
Resort-Hotel-Casino, The Palazzo Resort-Hotel-Casino dan Sands Expo and
Convention Center di Las Vegas dan
The Venetian Macao Resort-Hotel dan Sands Macao di Wilayah Pentadbiran Khas
Macao Republik Rakyat China (PRC) . Syarikat sedang membina tambahan dua buah
resort bersepadu: Sands Bethworks(TM) di Bethlehem, Pennsylvania+ADs- dan The
Marina Bay Sands(TM) di Singapura.
LVS juga sedang mewujudkan Cotai Strip(TM), satu rancangan pembangunan
induk harta-harta resort-kasino di Macau. Selain daripada itu, syarikat sedang
berusaha bersama-sama dengan Kerajaan Perbandaran Rakyat Zhuhai PRC untuk
merancang pembangunan induk resort percutian dan kompleks konvensyen di
Pulau
Hengqin di PRC.
MEDIA BOLEH HUBUNGI :
Candice Sham
Ogilvy Public Relations Worldwide, Hong Kong
Tel: +850-2884-8291 or +850-9303-1014
E-mel: candice.sham+AEA-ogilvy.com
SUMBER: Cirque du Soleil