Tata Communications Memperluaskan Penyambungan MPLS ke Timur Tengah
MUMBAI, 29 Sept. /PRNewswire-AsiaNet/ –
- Perkongsian dengan Batelco Memperluaskan Jaringan MPLS Di Peringkat Global
Tata Communications, sebuah pembekal terkemuka bagi dunia komunikasi serba
baru, mengumumkan satu lagi kejayaan penting di dalam perluasan global bagi
jaringan MPLS mereka ke Timur Tengah menerusi satu perkongsian dengan Bahrain
Telecommunications Company (Batelco). Batelco adalah merupakan pembekal
komunikasi bersepadu yang terkemuka di Bahrain, yang menyediakan penyelesaian
telekomunikasi akhir-ke-akhir kepada pelanggan runcit dan perusahaan di wilayah
Timur Tengah. Perkongsian ini membolehkan Tata Communications untuk menawarkan
perkhidmatan VPN MPLS (Suis Label Pelbagai Protokol) ke Bahrain, Kuwait, Jordan
dan lokasi lain di wilayah berkenaan bagi pelanggan mereka di Timur Tengah dan
di mana jua di seluruh dunia.
Wilayah Timur Tengah memainkan satu peranan yang semakin penting kepada senario
ekonomi global masa kini, yang menyaksikan pertumbuhan di dalam perniagaan dan
permintaan bagi penyelesaian penyambungan global. Perkongsian dengan Batelco
itu memperluaskan keupayaan Tata Communications untuk menyediakan perkhidmatan
MPLS di 78 negara dan dengan Perkhidmatan Akses Yang Diperluaskan melalui
gerbang IPSec, di lebih 150 negara.
Tata Communications terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai sebuah syarikat
global, sekali gus membolehkan syarikat multinasional untuk menghubungi
pekerja, pelanggan dan rakan kongsi di semua pasaran baru muncul yang penting,
seperti Timur Tengah, India, China, Malaysia, Filipina, Mesir dan Afrika
Selatan. Pelanggan Tata Communications boleh menggunakan penyelesaian
berkualiti tinggi daripada satu pembekal perkhidmatan tunggal untuk keperluan
penyambungan mereka yang disebarkan secara meluas merentasi rantau-rantau ini.
Penyelesaian itu berskala sepenuhnya, sempurna dan disokong oleh SLA bagi
aplikasi suara, data, video dan multimedia di kawasan pertumbuhan tinggi ini
dan ke tempat lain di dunia.
“Perkongsian dengan Batelco membolehkan kami untuk memperluaskan rangkaian kami
di Timur Tengah dan memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami dengan
menggerakkan perhubungan dalam wilayah, kepakaran dan pengetahuan tempatan,