Perkhidmatan Internet Global Tata Communications Mengekalkan Penyambungan Semasa Pemotongan Kabel Tiga Serangkai
SINGAPURA, 26 Dis. /PRNewswire-AsiaNet/ –
Tata Communications mengekalkan penyambungan Internet kepada para pelanggan
mereka di India, Timur Tengah dan Asia Tenggara dan memulihkan penyambungan
normal kepada para pelanggan mereka di wilayah berkenaan pada 20 Disember,
2008, dalam tempoh satu hari selepas pemotongan kabel tiga serangkai pada 19
Disember, 2008.
Tiga kabel dasar laut yang utama (SMW3, SMW4, dan FLAG) rosak di kawasan
Mediterranean, sekali gus mengganggu perkhidmatan komunikasi dan Internet di
bahagian tertentu di Asia, India dan kawasan Timur Tengah. Semasa pemotongan
kabel tiga serangkai itu, tulang belakang Internet global Tata Communications
mengekalkan penyambungan sepenuhnya dan kekal beroperasi sepenuhnya. Walaupun
terdapat pendaman yang dicetuskan di sebahagian laluan, pengaktifan satu laluan
lencongan ke arah Amerika Utara dan Eropah melalui laluan Asia Timur, Trans
Pasifik dan Trans Atlantik membolehkan dan menyumbang kepada kesinambungan
perkhidmatan dan gangguan perkhidmatan yang minimum.
Tata Communications menyiapkan sepenuhnya pelan pemulihan bencana mereka bagi
wilayah Asia Selatan, India, Timur Tengah dan Afrika Utara dalam tempoh 24 jam
menggerakkan jaringan IP, kabel dasar laut global dan pelbagai mereka, di mana
titik Tata Communications mula melaksanakan kenaikan jalur lebar berdasarkan
tambahan kepada wilayah yang terjejas teruk.
“Tulang belakang Internet Global Tata Communications yang menyeluruh mempunyai
laluan yang berbeza ke arah timur dan barat yang membolehkan kami untuk
mengekalkan perkhidmatan apabila kejadian seperti ini berlaku,