Fannie Mae Mengeluarkan Ringkasan Bulanan untuk Disember 2008

WASHINGTON, 31 Jan. /PRNewswire-AsiaNet/ –

Ringkasan Bulanan Fannie Mae (NYSE: FNM) untuk bulan Disember 2008 kini boleh
diperolehi di www.fanniemae.com/ir/monthly. Laporan ringkasan bulanan itu
mengandungi maklumat mengenai aktiviti bulanan dan sepanjang tahun Fannie Mae
bagi portfolio gadai janji kasar kami, sekuriti yang disokong oleh gadai janji
dan jaminan lain, langkah-langkah risiko kadar faedah dan kadar delinkuens yang
serius.

Fannie Mae wujud untuk memperluaskan perumahan yang mampu dimiliki dan membawa
modal global kepada masyarakat tempatan agar dapat memberi perkhidmatan kepada
pasaran perumahan Amerika Syarikat. Fannie Mae mempunyai sebuah piagam
persekutuan dan beroperasi di dalam pasaran gadai janji sekunder Amerika
Syarikat untuk memastikan perbankan gadai janji dan para peminjam yang lain
mempunyai dana yang secukupnya untuk memberi pinjaman kepada para pembeli rumah
dengan mengenakan kadar faedah yang rendah. Pada tahun 2008, kami menyambut
ulang tahun ke-70 perkhidmatan kami kepada pasaran perumahan di Amerika
Syarikat. Tugas kami adalah untuk membantu mereka yang memberi bantuan kepada
golongan yang ingin memiliki rumah kediaman di Amerika Syarikat.

SUMBER: Fannie Mae

HUBUNGI: Jason Lobo dari Fannie Mae,
+1-202-752-1692