Friendster Lancar Perkongsian Global Dengan MOL AccessPortal Berhad (MOL) untuk Menjanakan Pembayaran Mikro dan Friendster Wallet

KUALA LUMPUR, 15 Okt. /PRNewswire-AsiaNet/ –

Pembekal Platform Pembayaran Terkemuka bagi Membolehkan Pembayaran Pra Bayar
bagi Hadiah, Barangan dan Permainan kepada 115 Juta Pengguna Friendster

Friendster, Inc., sebuah tapak web utama global yang berasaskan kepada trafik,
hari ini mengumumkan satu perkongsian global dengan MOL AccessPortal Berhad
(MOL), sebuah pembekal pembayaran terkemuka yang menggerakkan satu rangkaian
terdiri daripada lebih 500,000 saluran pembayaran fizikal dan maya di seluruh
dunia, untuk menjanakan Friendster Wallet dan satu platform pembayaran yang
membolehkan perbelanjaan mikro bagi lebih 115 juta pengguna di Friendster.
Friendster Wallet akan menyokong pelbagai kaedah pembayaran termasuk kad pra
bayar, pembayaran mudah alih, pembayaran dalam talian dan pembayaran kad
kredit. Perkongsian itu akan diraikan dengan satu majlis penandatanganan secara
rasmi di Kuala Lumpur, Malaysia pada 15 Oktober di Pusat Konvensyen & Hotel
Berjaya Times Square. Kedua-dua platform pembayaran dan wallet akan buat
permulaannya dilancarkan di Malaysia, dan akan dikeluarkan dalam tempoh
beberapa minggu lagi di seluruh Asia Tenggara dan di seluruh dunia.

Platform pembayaran baru Friendster dan Wallet adalah ‘enabler’ asas bagi
beberapa saluran pendapatan tambahan dan baru yang dihasilkan daripada
mewujudkan satu perkongsian kewangan dan urus niaga dengan para pengguna
mereka. Tidak lama lagi, Friendster akan memperkenalkan hadiah, barangan dan
permainan maya untuk menukar Friendster menjadi satu destinasi hiburan dalam
talian yang lebih menyeronokkan bagi para pengguna dan rakan-rakan mereka.
Penawaran hiburan baru ini akan ditawarkan secara percuma dan akan juga
termasuk elemen premium pilihan yang akan menjanakan saluran pendapatan baru
yang signifikan – kesemuanya yang terbukti model perniagaan dan pendapatan yang
terbukti di Asia di mana Friendster merupakan sebuah tapak web yang terkemuka.
Saluran pendapatan baru yang berasaskan urus niaga ini adalah di samping model
pendapatan penajaan dan pengiklanan yang dimiliki Friendster pada masa ini yang
merupakan bahagian penting dalam perniagaan untuk terus bergerak ke hadapan
dan pengalaman pengguna.

Memandangkan sebahagian besar pengguna remaja di Asia tidak memilik kad kredit,
ketersediaan kaedah pembayaran alternatif amat penting bagi pangkalan pengguna
tegar Friendster untuk berbelanja dan menjalankan urus niaga di dalam komuniti
itu. Friendster Wallet akan menawarkan kaedah pembayaran alternatif yang
penting seperti kad “top-up” pra bayar, yang boleh dibeli di kedai serba guna
yang mudah dikunjungi seperti 7-Eleven. Para pengguna boleh membeli sekeping
kad pra bayar fizikal dengan wang tunai di beribu-ribu lokasi di luar talian di
seluruh Asia, dan kemudian memasukkan satu kod unik yang diperolehi daripada
kad itu kepada Friendster Wallet untuk menerima wang itu sebagai kredit ke
dalam akaun mereka. Friendster akan menyimpan baki wang dalam akaun dan
membenarkan pengguna untuk membuat pembelian di Friendster.com bagi mendapatkan
hadiah, permainan, barangan dan perkhidmatan.

Sebagai sebahagian daripada perkongsian ini, MOL akan menyediakan pelbagai
keupayaan pembayaran bagi para pengguna Friendster, termasuk wallet maya,
pengurusan urus niaga, kad fizikal pra bayar, sokongan untuk pelbagai kaedah
pembayaran, dan pengurusan penipuan. Sebahagian daripada kaedah yang menyokong
pembayaran MOL secara terus, dan sebahagian daripadanya disediakan melalui
penyatuan dengan pembekal pihak ketiga, seperti PayPal. Platform MOL digunakan
hari ini di atas beberapa tapak web berskala besar dan menyokong pembayaran
bagi urus niaga yang mencakupi barangan, perkhidmatan, hadiah, permainan dalam
talian, isi kandungan premium, dan e-dagang bagi aplikasi dan penyatuan pihak
ketiga.

Friendster Wallet akan membolehkan penyimpanan kredit bagi setiap pengguna
Friendster di dalam satu mata wang yang diberi nama “Friendster Coins.” Ia
boleh dibelanjakan menerusi tapak Friendster untuk mendapatkan barangan dan
perkhidmatan. Wallet itu akan juga termasuk satu mata wang bukan berbentuk wang
yang diberi nama “Friendster Chips” – promosi pembiayaan yang berasaskan
insentif, yang mendidik pengguna mengenai cara bagaimana Friendster Wallet
berfungsi (dan bagaimana untuk memberi hadiah kepada rakan mereka), sebagai
satu peranti pemasaran untuk digunakan bersempena dengan penawaran khas, dan
sebagai satu program kesetiaan untuk menggalakkan pra pembayaran dan
perbelanjaan yang berterusan di Friendster.

“Kami sangat teruja kerana dapat menjalin kerjasama dengan MOL, memandangkan
mereka merupakan sebuah pemimpin platform pembayaran di seluruh pasaran utama
kami di Asia,” kata Richard Kimber, ketua pegawai eksekutif di Friendster.
“Sama seperti PayPal telah menghapuskan ‘perselisihan pembayaran’ di dalam
tempat pasaran eBay yang popular di peringkat dunia bagi para pembeli dan
penjual, MOL akan membantu Friendster menyampaikan lebih banyak saluran
pendapatan yang baru dan penting dengan menjanakan urus niaga mikro secara
sempurna bagi memperolehi ciri-ciri isi kandungan dan hiburan premium.”

“Menerusi perkongsian strategik ini, kami akan membolehkan ramai pengguna untuk
membayar bagi barangan dan perkhidmatan secara dalam talian, buat pertama
kalinya, dan di dalam melakukannya, mewujudkan satu sistem eko yang bernilai di
Friendster,” kata Ganesh Kumar Bangah, presiden dan ketua pegawai eksekutif di
MOL. “Kami sangat teruja untuk memperluaskan platform pembayaran kami melalui
perhubungan ini, memandangkan kedua-dua syarikat akan meraih faedah daripada
pembelian dan perbelanjaan berterusan di dalam Friendster Wallet.”

Untuk pelancaran itu, Friendster Wallet akan menyokong pelbagai opsyen
pembayaran termasuk kad pembayaran pra bayar; yang disediakan di seluruh Asia
Tenggara, yang boleh dibeli di kedai serba guna seperti 7- Eleven di Malaysia
dan Filipina, kedai telefon mudah alih seperti Oke Shop di Indonesia, kiosk
seperti AXS di Singapura dan rangkaian kafe siber di Malaysia, Singapura,
Thailand, Indonesia dan Filipina. Wallet itu juga akan menyokong pembayaran
mudah alih daripada Singtel GX Credits dan Indosat iPay. Pembayaran perbankan
dalam talian daripada Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, Citibank Singapore, UOB dan
DBS akan juga diterima selain pembayaran kad kredit daripada American Express,
Visa dan Mastercard.

Dengan bergerak ke hadapan, Friendster Wallet akan diperluaskan kepada pihak
ketiga seperti rakan kongsi, penerbit permainan, pemaju aplikasi dan pihak
lain. Pembayaran API ini akan membolehkan pihak ketiga untuk menggerakkan
Friendster Coins sebagai satu kaedah pembayaran atau menggabungkan Friendster
Coins di dalam permainan, aplikasi, produk dan tapak web mereka.

Acara pelancaran itu di Kuala Lumpur akan termasuk satu persidangan media, satu
majlis penandatanganan, dan penyampaian oleh Richard Kimber dan Ganesh Kumar
Bangah, masing-masing merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Friendster dan MOL.

Maklumat mengenai Friendster
Dengan lebih 115 juta anggota di seluruh dunia, Friendster adalah merupakan
sebuah jaringan sosial dalam talian global. Friendster bertumpu kepada membantu
orang ramai agar dapat berhubungan dengan rakan taulan dan menemui kenalan dan
perkara baru yang penting kepada mereka. Friendster adalah salah satu daripada
tapak terbaik yang membolehkan orang ramai untuk mengambil bahagian dengan
orang lain dalam cara yang menguja dan menyeronokkan. Friendster berbangga
kerana dapat mewujudkan persekitaran yang mudah digunakan, mesra dan
berinteraktif di mana para pengguna boleh dengan mudah berhubungan dengan
sesiapa sahaja di seluruh pelusuk dunia melalui www.friendster.com atau
m.friendster.com dari mana-mana peranti mudah alih yang mempunyai kemudahan
Internet. Friendster mempunyai satu portfolio paten yang semakin meningkat yang
diberikan kepada syarikat itu di atas jaringan sosial, dengan lebih banyak
dijangkakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Dengan beribu pejabat di
Mountain View, California, Friendster disokong oleh Kleiner Perkins Caufield &
Byers, Benchmark Capital, DAG Ventures, IDG Ventures dan pelabur individu.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi : www.friendster.com

Maklumat mengenai MOL
MOL adalah sebuah Syarikat Malaysia Berstatus MSC yang beroperasi dan memajukan
sistem pembayaran. MOL mengendalikan lebih 60,000,000 urus niaga pembayaran
setahun dengan volum pembayaran tahunan melebihi USD200 juta. Ia bergerak di
atas satu rangkaian yang mencakupi lebih 500,000 saluran pembayaran fizikal dan
maya merentasi lebih daripada 75 buah negara dan dihubungkan dengan 65 buah
bank di 15 buah negara di seluruh dunai untuk menjalankan produk pembayaran
utama mereka, iaitu MOLePoints: satu sistem pembayaran mikro dalam talian bagi
isi kandungan dan perkhidmatan, MOLeTopUp: sebuah infrastruktur pengedaran pra
bayar elektronik, MOL Freedom: sebuah kad pembayaran pra bayar pelbagai
aplikasi, Gameshive: sebuah agregator pembayaran permainan dalam talian, MOL
Wings: sebuah agregator pembayaran untuk pembekal perkhidmatan internet
berwayar dan tanpa wayar, MOL Zone: sebuah perkhidmatan pembayaran mudah alih
pelbagai aplikasi, dan MOL Safepay: sebuah sistem pembayaran berasaskan escrow
bagi saudagar mikro.

MOL diiktiraf sebagai salah satu daripada syarikat teknologi yang paling pesat
berkembang di rantau Asia Pasifik di dalam Anugerah Deloitte 500 Teknologi Yang
Pantas Di Asia Pasifik pada tahun 2005 dan 2006 dan telah memenangi satu
Anugerah Merit bagi Aplikasi E-Dagang Terbaik di dalam Anugerah ICT MSC Asia
Pasifik.

SUMBER: Friendster, Inc.

HUBUNGI: Jeff Roberto dari Friendster
+1-650-237-1411
press@friendster.com

atau Halida Abu Bakar dari MOL AccessPortal Berhad
+603.2082 1251