AsiaNet Satu Peluang Bagi Satu Bilion Pengguna Web
SYDNEY, Nov. 26 /AsiaNet/ –
Laporan kajiselidik menunjukkan kini terdapat satu bilion pengguna web
global dengan lebih 40 peratus daripada mereka di Asia Pasifik. China
disenaraikan sebagai nombor satu.
Semasa jualan akhbar terus merosot, laman-laman web terus meningkat sebagai
sumber utama berita. AsiaNet, bersama khidmat harian berita teks dan gambar
yang mengkhusus pada Asia, bersama siaran-siaran akhbar dari seluruh dunia
serta maklumat dan kepakaran media serantau merupakan satu sumber internet yang
telah bertapak dengan baik.
Sejak 1995, AsiaNet berperanan sebagai sebuah pusat penjelasan, menterjemah
dan mengedar secara eksklusif kepada akhbar-akhbar, radio dan stesen-stesen
televisyen, terbitan-terbitan khusus dan tapak-tapak internet teks penuh
siaran-siaran akhbar tanpa di sunting daripada pertubuhan-pertubuhan utama bagi
perniagaan dan kerajaan yang masuk ke rantau itu, di dalam rantau atau untuk
dihantar ke negara-negara lain di dunia.
“Dalam melancarkan laman web baru kami www.asianetnews.net – rakan-rakan
kami , yang merupakan agensi-agensi berita utama di rantau Asia Pasifik,
memandang jauh ke hadapan,” kata Pengurus Besar AsiaNet, En. Michael Worner.
Beliau berkata siaran-siaran berita multimedia yang menyatukan video,
audio, imej dan teks merupakan siaran akhbar bagi masa depan, dan tambahan
khidmat berbilang bahasa kini ditampilkan dengan ketara di tapak itu semasa
bilangan besar pengguna mencari kandungan video.
Satu tinjauan global oleh IBM menyimpulkan bahawa 76 peratus daripada
pelawat internet telah menyaksikan satu video melalui PC mereka, dengan lebih
separuh daripada mereka melakukannya beberapa kali sebulan.
Perniagaan-perniagaan di seluruh dunia sedang menerima dan menggunapakai
video korporat ini sebagai satu perkakas pemasaran yang perlu, menurut laman
eCorpTV yang diagumi.
“Menerusi rakan-rakan, kami boleh menyediakan kepada pelanggan-pelanggan
mereka siaran multimedia, menyampaikannya setiap hari atau kepada beribu-ribu
media yang menjadi sasaran di seluruh dunia dalam bahasa-bahasa utama Asia dan
juga bahasa Sepanyol, Jerman, Perancis dan Itali, dan kemudian mengarkibnya
pada tapak AsiaNet, tambah En. Worner.
Rakan-rakan AsiaNet adalah: Antara News Agency (Indonesia), Australian
Associated Press, Bernama News Agency (Malaysia/Singapura), InfoQuest
(Thailand), K.K. Kyodo News (Jepun), New China News (Hong Kong), New Zealand
Press Association, Pakistan Press International, Philippines News Agency, Press
Trust of India, United News of Bangladesh, Vietnam News Agency, Xinhua News
Agency (China/Taiwan), Yonhap News Agency (South Korea).
SUMBER: AsiaNet
HUBUNGI: R. Stefanovic,
telefon: +612 9322 8684;
e-mel: asianet@aap.com.au