Industri Gabung Tenaga Semasa Acara Uji Kebolehoperasian IMTC “Secara Bersemuka” di NXP Software

EINDHOVEN, 5 Feb. /PRNewswire-AsiaNet/ –

- Ujian Kebolehoperasian Kerjasama untuk Pengalaman Media Mudah Alih dalam
Talian Yang Hebat

NXP Software, penyedia terkemuka bagi perisian multimedia untuk peranti
mudah alih, telah mengadakan acara menguji kobolehoperasian “secara bersemuka”
untuk Packet-Switched Streaming Services Activity Group (PSS-AG) International
Multimedia Telecommunications Consortium (IMTC). Acara itu telah dijadualkan
berlangsung pada 25 hingga 29 Januari, 2010.

Enam syarikat telekomunikasi utama, iaitu Orange Lab, PacketVideo,
Samsung, Nextreaming, Alcatel-Lucent dan NXP Software, menghadiri acara itu di
pejabat NXP di Suresnes, Perancis untuk ujian kepadanan intensif selama
seminggui antara produk vendor-vendor berbeza.

Ujian kebolehoperasian intensif selama lima hari telah dikendalikan antara
server, pemain multimedia dan pelbagai telefon bimbit prototaip. Ujian itu
dilakukan mengikut spesifikasi 3GPP Release 7 yang terbaharu.

Ujian hari ini memberi tumpuan kepada NAT traversal, permulaan pantas
RTSP, striming HSDPA QVGA kadar bit tinggi, pensuisan kandungan dan penggunaan
pakai jaringan pantas. Gabungan ciri-ciri berlainan telah diuji pada masa sama
bagi memastikan kebolehoperasian yang maksimum.

“PSS-AG membawa syarikat-syarikat bersama-sama menguji ciri multimedia dan
teknologi streaming terkini, dan untuk membina pengalaman media yang hebat
menerusi kerjasama melakukan ujian standard terbuka,” kata Ralph Neff,
pengerusi IMTC PSS-AG. “Kami berterima kasih kepada NXP Software kerana
menyediakan kumpulan kami dengan alam sekitar yang sesuai untuk ujian
kebolehoperasian yang produktif.”

IMTC akan meneruskan inisiatif yang berjaya ini dengan acara bersemuka yang
lain pada 2010 untuk memastikan kebolehoperasian optimum untuk Industri
Telekomunikasi. Kumpulan PSS-AG akan mengadakan pertemuan berikutnya pada acara
ujian IMTC’s SuperOp! yang akan berlangsung pada April 2010.

Maklumat Mengenai NXP Software
NXP Software ialah sebuah Independent Software Vendor (ISV) atau vendor
perisian persendirian dengan jualan dan sokongan tempatan di seluruh dunia. Ia
mengkhususi dalam penyelesaian multimedia inovatif bagi membantu para pengeluar
peranti mudah alih, penyedia dan operator perkhidmatan menyampaikan pengalaman
multimedia yang bertenaga dan mudah dinikmati yang mana benar-benar unggul. NXP
Software telah menjalinkan perkongsian yang kukuh dengan para vendor utama bagi
memastikan fleksibiliti yang optimum, penyepaduan yang mudah serta
bolehkendalian antara platform perkakasan dan perisian. Perisian LifeVibes(TM)
miliknya digunakan dalam lebih 700 juta peranti mudah alih, yang menjadikan
syarikat ini sebagai peneraju pasaran dalam penyeleaian perisian bagi
multimedia mudah alih. . LifeVibes(TM) ialah tanda dagang bagi NXP Software.

Laman Web: http://www.software.nxp.com

SUMBER: NXP Software