Penebusan Fannie Mae

WASHINGTON, Feb. 5 /PRNewswire-AsiaNet/ –

Fannie Mae (NYSE: FNM) akan menebus jumlah prinsipal yang dinyatakan dalam
terbitan sekuriti berikut pada tarikh penebusan yang dinyatakan di bawah pada
harga penebusan yang bersamaan dengan 100 peratus daripada jumlah prinsipal
yang ditebus berserta dengan faedah yang terkumpul sehingga tarikh penebusan
berkenaan:

Jumlah Jenis Kadar Tarikh CUSIP Tarikh
Pokok Sekuriti Faedah Matang Penebusan

$25,000,000 MTNR 5.000% Feb. 15, 2023 3136F8S71 Feb. 15, 2010
$200,000,000 MTNR 5.000% Feb. 15, 2023 3136F8X59 Feb. 15, 2010
$50,000,000 MTNR 5.500% Feb. 15, 2023 3136F8Z65 Feb. 15, 2010
$40,000,000 MTNR 5.000% May 15, 2023 3136F9PF4 Feb. 15, 2010
$30,000,000 MTN 6.050% Aug. 15, 2025 3136F7JA6 Feb. 15, 2010
$30,000,000 MTN 6.125% Aug. 15, 2035 3136F7JP3 Feb. 15, 2010
$15,000,000 MTN 2.000% Aug. 16, 2013 3136F94D2 Feb. 16, 2010
$1,100,000,000 MTN 5.550% Feb. 16, 2017 31359M5G4 Feb. 16, 2010
$130,000,000 MTN 2.000% Feb. 17, 2012 3136FHAQ8 Feb. 17, 2010
$1,000,000,000 MTN 2.500% Feb. 17, 2012 3136FHBE4 Feb. 17, 2010
$200,000,000 MTN 2.213% Aug. 17, 2012 3136FH4B8 Feb. 17, 2010
$301,500,000 MTN 2.240% Aug. 17, 2012 31398AYS5 Feb. 17, 2010

Fannie Mae wujud untuk memperluaskan lagi perumahan yang mampu dimiliki dan
membawa modal global kepada masyarakat tempatan dalam usaha untuk memberi
khidmat kepada pasaran perumahan Amerika Syarikat. Fannie Mae mempunyai piagam
persekutuan dan beroperasi dalam pasaran gadai janji sekunder untuk
meningkatkan lagi kecairan pasaran gadai janji dengan menyediakan dana untuk
menggadai janji kepada jurubank dan peminjam lain bagi membolehkan mereka
memberikan pinjaman kepada para pembeli rumah. Tugas kami ialah untuk membantu
mereka yang menetap di Amerika.

Siaran akhbar ini tidak bermaksud sebagai satu tawaran untuk menjual atau
mencari pembeli bagi membeli sekuriti-sekuriti Fannie Mae. Tiada apa dalam
siaran akhbar ini bermaksud nasihat berhubung merit dalam membeli atau menjual
mana-mana pelaburan tertentu. Sebarang keputusan untuk sebarang pembelian
sekuriti yang dirujuk di sini harus dibuat semata-mata atas dasar maklumat yang
terkandung di dalam Pekeliling Tawaran Fannie Mae yang ada, dan pembaca tidak
boleh bergantung sepenuhnya kepada sejauh mana lengkapnya atau tepatnya
maklumat yang terkandung dalam siaran akhbar ini.

Anda tidak harus berurus niaga dengan sekuriti selagi anda tidak
memahami sifatnya dan sejauh mana anda terdedah kepada risiko. Anda
harus berpuas hati bahawa ia adalah sesuai bagi anda berdasarkan kepada
keadaan dan kedudukan kewangan anda. Jika anda mempunyai apa-apa
keraguan, anda harus berunding dengan penasihat kewangan yang bertauliah.

SUMBER: Fannie Mae

HUBUNGI: Derek Lowe
Fannie Mae
+1-202-752-2110