Kilang Diesel Cecair Nano Jernih Yang Pertama Di Asia Dibuka di Singapura

SINGAPURA, 5 Feb. /PRNewswire-Asia-AsiaNet/ –

Singapore Emulsion Fuel Pte Ltd (SgEF), sebuah syarikat inovatif di dalam ruang
tenaga hijau, hari ini mengumumkan pembukaan kilang diesel cecair nano jernih
yang pertama di Asia. Terletak di dalam kawasan zon perindustrian Tuas di
Singapura, kilang yang berukuran 40,000 kaki persegi itu bakal mampu memenuhi
permintaan yang meningkat bagi tenaga bersih di peringkat domestik dan
merentasi rantau Asia Pasifik.

Matlamat SgEF adalah untuk menjadi pembekal global yang terkemuka bagi bahan
bakar cecair dan bahan bakar bio alternatif yang lain. Sebuah syarikat pelabur
milik SPRING SEEDS Capital, dan dengan disokong oleh Agensi Alam Sekitar
Kebangsaan (NEA) dan Agensi Pembinaan dan Bangunan (BCA), SgEF ditubuhkan pada
tahun 2006 untuk menangani kebergantungan dunia kepada bahan bakar fosil dan
bagi menawarkan alternatif yang berdaya maju kepada bahan bakar bio yang sedia
ada.

“Pasukan penyelidik kami telah membangunkan satu penemuan bahan bakar cecair
yang secara signifikan mengurangkan isi kandungan diesel di dalam bahan bakar
bio yang digunakan di dalam pasaran pada hari ini. Kami mencampurkan diesel
dengan air dan aditif proprietari yang sedang menunggu kelulusan paten,” kata
Encik Jeremy Ng, Ketua Pegawai Eksekutif di SgEF.

Bertepatan dengan pembukaan kilang itu, SgEF juga telah memperkenalkan produk
bahan bakar cecair utama mereka: Diesel Hijau Super, sejenis diesel cecair
khusus bagi bangunan dan pembinaan hijau; dan eDiesel, yang mensasarkan untuk
penggunaan di pengangkutan awam, maritim dan pelabuhan, dan sektor
perindustrian.

Diesel Hijau Super dan eDiesel menggunakan sebanyak 40 peratus bahan bakar
fosil, sekali gus menggantikan isi kandungan diesel sebanyak 20 peratus dengan
air dan 20 peratus bahan aditif. Kedua-dua produk sangat stabil dan mempunyai
penampilan yang jelas – yang menjadikannya sangat unik berbanding dengan
diesel
cecair putih yang sedia ada yang berada di pasaran secara meluas di United
Kingdom, Amerika Syarikat dan di pasaran lain.

“Kejelasan dan kesamaan daripada segi warna dan ketelusan di dalam produk
diesel cecair kami berbanding dengan diesel regular menjadikan kawalan kualiti
lebih mudah. Dan yang terbaik, produk kami adalah satu-satunya produk bahan
bakar alternatif yang boleh mengurangkan karbon dioksida dan gas rumah kaca
yang lain, seperti NO dan NOx,” jelas Encik Ng.

Adalah amat penting bagi menyatakan bahawa diesel cecair SgEF tidak memerlukan
sebarang pengubahsuaian kepada enjin, sekali gus menjadikannya mudah selain
menjimatkan kos bagi syarikat-syarikat untuk menggunakannya.

Sebelum pelancaran itu, SgEF telah menjalankan pelbagai ujian di China,
Malaysia, Ireland, Singapura, dan Thailand. Ujian di medan dan di makmal itu
telah membuktikan keunggulan diesel cecair SgEF daripada segi mengurangkan
pengeluaran gas berbahaya dan menyediakan pelbagai kelebihan khususnya ke atas
alam sekitar dan bagi pelanggan seperti:

* Peningkatan kecekapan bahan bakar sehingga sembilan peratus.
* Pengurangan asap hitam sebanyak 80 peratus.
* Pengurangan daripada segi pengeluaran haba sebanyak 20 peratus.
* Pengurangan yang ketara di dalam penyelenggaraan enjin.
* Peningkatan ketara di dalam kualiti udara dan pengalaman pemanduan secara
keseluruhan.

Di Singapura, SgEF berpadu tenaga dengan SMRT Corporation Ltd sepanjang tempoh
tiga bulan, dengan menguji produk mereka ke atas bas yang telah merosot di
bawah piawaian pengeluaran. Penggunaan diesel cecair SgEF yang mengurangkan
pengeluaran sehingga 75 peratus, dalam satu kes menjadikan sesebuah kenderaan
itu sesuai digunakan di jalan raya. Satu ujian yang sama yang dijalankan di
Malaysia mampu mengurangkan pengeluaran asap sebanyak lebih 80 peratus.

Dengan penyelidikan dan pembangunan yang lebih baik dan dengan pembukaan kilang
pengeluaran, SgEF disasar untuk mempertingkatkan pengeluaran harian semasa
mereka daripada 30,000 liter kepada 100,000 liter sepanjang tempoh 12 bulan
akan datang dan kemudian kepada keupayaan maksimum harian sebanyak 300,000
liter. Selain memenuhi keperluan pasaran Singapura, SgEF merancang untuk
memperluaskannya ke kawasan serantau. Ia telah menubuhkan satu usahasama di
Malaysia dengan Pamuri Holding Sdn Bhd yang diberi nama Pamuri Green, dan tidak
lama lagi akan menamakan rakan perniagaan mereka di Indonesia.

“BCA dan NEA di Singapura dan rakan-rakan kami di rantau itu telah memberikan
sokongan padu. Pada tahun 2007, ketika kami masih di dalam peringkat fasa
ujian, NEA telah memperkenalkan kami kepada sebuah syarikat yang seterusnya
menjadi pelanggan kami yang pertama, Poh Lian Construction. Poh Lian sedang
mencari sebuah pembekal tenaga alternatif untuk membantu mereka menguruskan
pengeluaran karbon mereka di kawasan kediaman. Mereka telah menggunakan Diesel
Hijau Super untuk menjanakan jentera mereka sejak itu,” kata Encik Ng.

Maklumat mengenai Singapore Emulsion Fuel Pte Ltd

Singapore Emulsion Fuel Pte Ltd (”SgEF”) adalah sebuah syarikat teknologi yang
berpangkalan di Singapura yang diperbadankan pada Disember 2006 untuk menangani
kebergantungan dunia kepada bahan bakar fosil. Ia memberi tumpuan kepada
pembangunan dan pengeluaran penemuan diesel cecair dan bahan bakar bio
alternatif. Sebuah syarikat pelabur milik SPRING SEEDS Capital, SgEF turut
disokong oleh Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) dan
Agensi Pembinaan dan Bangunan (BCA) di Singapura. Untuk mendapatkan maklumat
lanjut sila layari: http://www.sgef.com.sg

Hubungan media:

Donna Garcia
Rice Communications bagi pihak SgEF
Telefon Bimbit: +6597348808
E-mel: donna.garcia@ricecomms.com

SUMBER: Singapore Emulsion Fuel Pte Ltd