Operator Boleh Mengurangkan Kos Data Mudah Alih sebanyak 60 Peratus Setahun, menurut Laporan Bridgewater Systems
OTTAWA, 8 Feb. /CNW-AsiaNet/ -
Penyelidikan baru menonjolkan strategi pengurangan kos dan model perkhidmatan
pendapatan baru bagi satu masa depan data mudah alih yang mapan
Bridgewater Systems (TSX: BWC), syarikat yang memberi tumpuan kepada aspek
mudah alih, hari ini mengumumkan penerbitan penyelidikan baru ke dalam
gelombang data mudah alih, dengan menonjolkan strategi pengurangan kos yang
dapat menjimatkan operator mudah alih sehingga 60 peratus setahun menjelang
tahun 2013. Laporan itu yang bertajuk “Towards a Profitable Mobile Data
Business Model” atau Ke arah Model Perniagaan Data Mudah Alih Yang
Menguntungkan boleh dimuat turun daripada alamat:
http://campaigns.bridgewatersystems.com/forms/ProfitableMobileDataModel.
Berita
- Ke arah satu Model Perniagaan Data Mudah Alih Yang Menguntungkan yang
menonjolkan impak daripada pertumbuhan penerobosan 3G, kos telefon pintar yang
lebih rendah dan USB, tablet baru seperti iPad, dan kepopularan aplikasi mudah
alih pada pertumbuhan di dalam rangkaian operator data mudah alih.
- Ia menyiasat punca berlaku kesesakan rangkaian mudah alih dan cara terbaik
untuk mengurangkannya berdasarkan kepada penyelidikan eksklusif yang dijalankan
oleh firma penyelidikan bebas Chetan Sharma Consulting. Ia juga menyediakan
pandangan ke dalam model perkhidmatan baru yang diperkukuhkan oleh pengalaman
pergerakan Bridgewater dengan operator dan kajian kes pelanggan daripada Ovum
dan Morgan Stanley.
- Ke arah satu Model Perniagaan Data Mudah Alih Yang Menguntungkan yang
melihat kepada kedua-dua strategi pengurusan kesesakan rangkaian dan model
penetapan harga data operator dengan kesimpulan berikut:
- Kawalan dasar boleh menyumbang kepada penjimatan kos tahunan yang ketara
yang melebihi 10 peratus, yang bersamaan dengan lebih $15 bilion dalam
pengurangan tahunan kos menjelang 2013 di pasaran Amerika Syarikat.
- Operator yang menggerakkan strategi memuat turun trafik data kepada Wi-Fi,
femtosel atau 4G boleh menikmati penjimatan antara 20 hingga 25 peratus setahun
menjelang tahun 2013, yang mewakili antara $30 hingga $40 bilion di dalam
pasaran Amerika Syarikat.
- Penghijrahan kepada HSPA dan LTE boleh menjimatkan sehingga 20 peratus di
dalam kos rangkaian menjelang tahun 2013, iaitu menjimatkan para operator
sebanyak $25 bilion menjelang 2013.
- Fleksibel, dinamik dan model penentapan harga yang khusus yang menggambarkan
pilihan dan isi kandungan yang diinginkan pelanggan, jalur lebar dan penggunaan
aplikasi, dan keadaan jaringan akan dapat menjejarkan pendapatan dengan lebih
baik dengan kos rangkaian buat pertama kalinya. Model baru itu termasuk:
- Model berasaskan penggunaan dan berperingkat yang mengambil satu pendekatan
yang lebih pintar kepada pengkhususan perkhidmatan dan penggunaan yang adil;
- Caj aplikasi yang khusus, untuk menjanakan pendapatan yang sewajarnya
daripada perkhidmatan jalur lebar:
- Model yang berasaskan kepada masa yang membuat caj berdasarkan kepada masa
yang digunakan pada rangkaian; dan
- Pengiklanan mudah alih dan pendekatan yang dibiayai oleh perdagangan mudah
alih.
Petikan
Chetan Sharma, Presiden, Chetan Sharma Consulting
“Kepopularan telefon pintar, komputer riba dan pelan data yang menggunakan
kadar tetap telah membawa pertumbuhan yang pesat di dalam trafik data mudah
alih. Satu pendekatan holistik untuk mengendalikan trafik ini termasuk kawalan
dasar, memuat turun data mudah alih dan evolusi kepada 3.5G dan 4G adalah
kritikal atau kos yang boleh melebihi pendapatan dan menjadi tidak mapan
menjelang 2012 atau lebih cepat lagi.”
Steven Hartley, Pakar Analisis Kanan, Ovum
“Keuntungan jalur lebar mudah alih memerlukan satu pendekatan yang holistik.
Para operator perlu menerima pakai satu rangkaian penyelesaian teknikal untuk
mengendalikan kos, daripada peranti pengurusan trafik, sehingga kepada memuat
turun data dan LTE atau WiMAX. Bagaimanapun, ini akan memerlukannya
digabungkan dengan pendekatan komersil yang melindungi pendapatan, seperti
inovasi trafik dan penguatkuasaan dasar-dasar penggunaan yang adil dan saksama.”
David Sharpley, Naib Presiden Kanan, Bridgewater Systems
“Laporan baru kami menonjolkan pentingnya untuk melaksanakan satu strategi
pelbagai hala bagi mengurangkan kos data mudah alih dan kesesakan rangkaian
termasuk kawalan dasar, memuat turun trafik data, dan penghijrahan kepada 3G
dan 4G. Dengan menggabungkan strategi ini dengan model perkhidmatan khusus pada
penggunaan pelanggan, operator boleh meraih faedah daripada satu model
perniagaan data mudah alih yang lebih mengutangkan.”
Sila lawat Bridgewater Systems dan lihat Demonstrasi Memuat Turun Data dan
Kawalan Dasar di Kongres Mudah Alih Sedunia, Dewan 1 – Gerai 1F47, 15 hingga 18
Februari, 2010, Barcelona, Sepanyol. Sertai Russ Freen, Ketua Pegawai Teknologi
di Bridgewater, di sesi ‘Network Breaking Point’ untuk membincangkan
penyelesaian bagi mengendalikan pertumbuhan data mudah alih pada 17 Februari
pada pukul 2:00 petang.
Tag / Kata kunci
Bridgewater Systems, Chetan Sharma Consulting, Ovum, Morgan Stanley, Kawalan
Dasar, memuat turun trafik data Mudah Alih Kesesakan RAN, pertumbuhan data
mudah alih, perkhidmatan bertingkat, Kongres Mudah Alih Sedunia
Pautan
http://campaigns.bridgewatersystems.com/forms/ProfitableMobileDataModel
http://www.bridgewatersystems.com/Data-Offload.aspx
http://www.bridgewatersystems.com/policy/
http://www.ovum.com
http://www.chetansharma.com
http://www.morganstanley.com/institutional/techresearch/mobile_internet_report122009.html
Maklumat mengenai Bridgewater Systems
Bridgewater Systems, syarikat yang memberi tumpuan kepada aspek mudah alih,
memberi kuasa kepada para pembekal perkhidmatan untuk mengendali secara efisien
dan meraih keuntungan daripada perkhidmatan data mudah alih, isi kandungan dan
perdagangan. Portfolio khusus mudah alih yang terkemuka di pasaran oleh
syarikat itu menyediakan pandangan pelanggan yang bersepadu dan secara tepat
masa termasuk hak, peranti, rangkaian, profil bil, pilihan dan isi kandungan.
Dengan diberi kuasa oleh Subscriber Data Broker(TM) keluaran Bridgewater,
portfolio gred pembawa dan produk berasaskan piawaian termasuk Bridgewater(R)
Service Controller (AAA), Bridgewater(R) Policy Controller (PCRF) dan
Bridgewater(R) Home Subscriber Server (HSS). Lebih daripada 140 pembekal
perkhidmatan yang terkemuka termasuk America Movil, Bell Canada, Clearwire,
Cox, Hutchison Telecom, Iusacell, Scartel, SmarTone-Vodafone, Sprint, Tata
Teleservices, Tatung, Telmex, Telstra, dan Verizon Wireless menggunakan
penyelesaian keluaran Bridgewater untuk dengan pantas menyampaikan perkhidmatan
mudah alih yang inovasi kepada lebih daripada 150 juta pelanggan. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, sila layari
www.bridgewatersystems.com.
Bridgewater, Bridgewater Systems, logo Bridgewater Systems, WideSpan, Smart
Caps, myPolicy, dan Subscriber Data Broker adalah merupakan cap dagang atau cap
dagang berdaftar bagi Bridgewater Systems Corporation. Semua nama syarikat,
produk dan mana-mana cap dagang berdaftar dan tidak berdaftar yang disebut
adalah digunakan untuk tujuan pengenalan semata-mata dan ia kekal milik
eksklusif pemilik mereka masing-masing.
SUMBER: Bridgewater Systems
HUBUNGI: Ed Barker, Bridgewater Systems,
edward.barker@bridgewatersystems.com,
+44 (0) 7939 492 656;
Joanne Steinberg, Bridgewater Systems,
joanne.steinberg@bridgewatersystems.com,
+1 (613) 884-8831
(BWC.)