WISeKey Melancarkan Kit Keselamatan Digital bagi Menjamin Secara Digital Usaha Alinghi Mempertahankan Piala Amerika
GENEVA dan VALENCIA, 8 Feb/PRNewswire-AsiaNet/ –
WISeKey melancarkan Kit Keselamatan Digital bagi Menjamin Secara Digital Usaha
Alinghi Mempertahankan Piala Amerika
WISeKey, pembekal tunggal perisian dan perkhidmatan keselamatan untuk
Alinghi, hari ini melancarkan Kit Keselamatan Digital (lihat gambar), yang
merupakan sistem keselamatan digital yang canggih bagi melindungi operasi
Alinghi dan teknologi pelayaran semasa acara berlangsung. Kit ini mengandungi
teknologi WISeKey bagi menjamin dan menjadi hos kepada laman web pasukan
tersebut, membentuk dan mengedarkan token elektronik yang dilindungi biometrik
bagi menjamin komunikasi operasi dan pelayaran Alinghi atas tapak, dan sijil
tandatangan digital untuk transaksi dan kemudahan sindiket tersebut.
WISeKey juga menyediakan peralatan akreditasi yang selamat untuk kesemua
kemudahan Alinghi, termasuklah pengenalan identiti elektronik dan token
keselamatan penstoran data USB.
Kami berbangga dinamakan sebagai pengedar tunggal penyelesaian keselamatan
elektronik Alinghi, kata Carlos Moreira,pengerusi dan CEO WISEKey. WISeKey
dan Alinghi sangat percaya kepada integriti, kecemerlangan dan teknologi kelas
pertama. Kami tidak sabar-sabar untuk menyediakan penyelesaian teknologi
inovatif yang akan membantu Alinghi meraih kejayaan dalam kejohanan yang sangat
kompetitif ini.
Urusniaga ini adalah satu tindakan bijak untuk syarikat yang berusia 10 tahun
ini, mengulangi kejayaan pertamanya dalam Piala Amerika pada tahun 2007.
Semasa Piala Amerika 2010 ini, WISeKey akan melancarkan produk generasi baru
WISeAuthentic, termasuklah eKey+, satu peranti ID mudah alih yang selamat bagi
mengadaptasikan perkhidmatan keselamatan.
Kami sangat berbesar hati untuk mengalu-alukan WISeKey sebagai penaja Alinghi
untuk Piala Amerika ke-33 ini. Sebagai satu pasukan kami perlu untuk berkongsi
dan mengakses maklumat sulit, seperti data rekaan, dan keselamatan amat penting
dalam kempen kami untuk cuba memenangi Piala Amerika sekali lagi. Perkongsian
kami dengan WISeKey akan memastikan bahawa kami mempunyaim perlindungan yang
optimum. Kata Ernesto Bertarelli, presiden pasukan Alinghi.
Urusniaga dengan Alinghi ini datang selepas satu kejayaan terkini untuk
WISeKey. Pada 10 September tahun lalu, Forum Ekonomi Dunia menamakan WISeKey
Juara Baru di kalangan syarikat-syarikat pertumbuhan global pada barisan
hadapan yang menunjukkan bagaimana keusahawanan, inovasi dan teknologi boleh
melancarkan semula pertumbuhan global. Dan juga, pada musim luruh yang lalu,
WISeKey mengumumkan rancangan bagi membuka operasi di China dan Abu Dhabi.
Alinghi menyertai barisan pelanggan dan rakan niaga WISeKey yang pelbagai
dan merupakan peneraju, termasuklah Microsoft, pembuat jam mewah Hublot dan
IKEA.
Untuk maklumat tambahan, sila lawati: http://www.ekeyplus.com
Rujukan silang: Gambar diedarkan melalui EPA (European Pressphoto
Agency) dan boleh dimuat turun secara percuma di:
http://www.presseportal.de/pm/55044/wisekey_sa/?keygroup=bild
Hubungi:
WISeKey SA
Sylvie Gardel
Tel: +41(22)594-30-17
E-Mel: sgardel@wisekey.com
SUMBER: WISeKey SA