Tablet Lasak Baharu Algiz 7 Daripada Handheld Mudah Alih Nipis Lasak
LIDKÖPING, 9 Feb /PRNewswire-AsiaNet/ –
– Handheld Mengumumkan Tablet Lasak Baharu Yang Dilengkapi Ciri-ciri
Bina Dalam serta IP65 dan MIL-STD 810G
Handheld hari ini memperkenal PC Tablet Algiz 7 baharu yang lasak.
Algiz 7 ialah tablet skrin lebar 7 inci mudah alih yang lasak
yang menggunakan sistem operasi profesional Microsoft Windows 7
dan dilengkapi ciri-ciri pemproses Intel Atom 1.6 GHz
dengan pemacu keras 64 GB kukuh dan 2 GB DDR2 RAM.
(Logo : http://www.newscom.com/cgi-bin/prnh/20090907/358491 )
(Foto : http://www.newscom.com/cgi-bin/prnh/20100209/377572 )
Algiz 7 didatangkan dengan standard Bluetooth, WLAN dan GPS
selain dilengkapi dengan kamera dan lampu LED. Keupayaan selular 3G
pi;ihan menawarkan penghantaran data berkelajuan tinggi
GSM/UMTS/EVDO. Algiz 7 disediakan dengan teknologi Gobi(TM) 2000
dan dilengkapi dengan antenna – yang bermakna anda boleh bekerja
mengikut pilihan frekuensi tanpa wayar di mana-mana sahaja
di dunia.
Teknologi skrin unit bimbit MaxView(TM) menawarkan keupayaan
pemandangan luar rumah terkini yang memastikan pengguna mendapat
ketampakan skrin luar rumah yang terbaik di pasaran.
Pek bateri dua 2400 mAh yang boleh ditukar membolehkan anda
menukar bateri tanpa menutup dan sekaligus
memberikan anda lebih banyak masa ke atas tablet anda.
“Rakan usaha sama kami mahukan teknologi canggih daripada Handheld”,
demikian menurut Jerker Hellstrom, Ketua Pegawai Eksekutif dan
Pengerusi Handheld Group. “Menerusi pembangunan Algiz 7, sasaran kami
ditetapkan pada tahap yang tinggi dan kami sangat bangga untuk mengatakan
bahawa kami bukan sahaja telah mencapai sasaran itu, malah sebenarnya
melepasinya. Produk baharu kami memenuhi semua keperluan pasaran,
ringan, berkuasa, ruang storan yang luas, ultra lasak, skrin yang
terbaik dalam kelasnya, semua ciri bersepadu sepenuhnya dan batei
boleh tukar. Hakikat bahawa kami berupaya untuk menawarkan segala-galanya
ini pada harga yang sangat menarik menjadikannya lebih berkeupayaan’.
Algiz 7 kena tepat pada sasarannya dan tidak ragu-ragu lagi inilah
yang sangat ditunggu-tunggu oleh para pengguna di lapangan.”
“Tidak semua pelanggan kami mengetahui manfaat teknologi Gobi 2000,” kata
Hellstrom. “Ia menyokong kedua-dua 3G dan EVDO. Inilah sebenarnya
teknologi yang membolehkan para pengguna kami untuk pergi ke
mana-mana sahaja di dunia dan menggunakan Algiz 7
dengan rangkaian data berkelajuan tinggi.”
Algiz 7 dirating dengan IP65 dan memenuhi keperluan ketat
standard ketenteraan MIL-STD-810G untuk menahan kelembapan, gegaran,
jatuh dan suhu yang ekstrim. Dengan berat kurang daripada
1.1 kilo menjadikannya salah satu daripada tablet 7″
paling ringan di pasaran.
Algiz 7 akan dipamerkan di pameran perdagangan di seluruh
dunia pada bulan-bulan yang akan datang dan tempahan boleh
dibuat serta merta. Penghantaran pertama untuk pelanggan akan bermula
pada Mac.
Maklumat mengenai Handheld:
Handheld Group AB ialah syarikat pembekal dunia bagi komputer
mudah alih lasak dan PDA. Handheld dan rakan usaha samanya menawarkan
penyelesaian mudah alih yang lengka[ kepada peniagaan dalam industri
seperti logodtik, pehutanan, pengangkutan awam, pembinaan,
ketenteraan dan keselamatan. Handheld Group mempunyai pejabat tempatan
di Finland, Belanda, Itali dan USA. Untuk maklumat lanjut, sila
layari http://www.handheldgroup.com
SUMBER : Handheld Group